Zaman Kegemilangan Ella_&_The_Boys

Setelah menyertai pertandingan Battle Of The Band, nama kumpulan tersebut melonjak naik dengan begitu mendadak sekali. Ia sekaligus meletakkan nama kumpulan Ella & The Boys sebaris dengan band-band tersohor yang lain seperti Search, kumpulan Lefthanded, kumpulan Wings dan sewaktu dengannya.[2] Nama Ella begitu besar dalam industri muzik ketika itu kerana beliau merupakan satu-satunya penyanyi wanita yang memperjuangkan muzik rock.[3] Di sebalik kemasyuran yang dikecapinya, mereka juga turut menghasilkan empat buah album dengan Warnada Record (kini Warner Music). Namun, kejayaan demi kejayaan yang dikecapi olehnya juga dicemburui pihak lain. Pernah suatu ketika dahulu, kelab malam yang sering menjadi tempat mereka mencari rezeki telah hangus terbakar disebabkan hasad dengki orang lain terhadapnya. Di sinilah berakhirnya penubuhan kumpulan tersebut dan Ella akhirnya membuat keputusan untuk bergerak solo.

Ella & The Boys turut menghasilkan album pertama mereka, Ella & The Boys 1 pada tahun 1986. Antara lagu hits dari album tersebut adalah Dua Insan Bercinta, Pesanan Terakhir dll. Kemudian disusuli album kedua Ella & The Boys 2 pada tahun yang berikutnya.